▼

Episod 5: Gema Doa di Baitullah & Makan Malam di Bumi Arafah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Pakej umrah kami didatangkan sekali bersama dengan sarapan pagi di hotel. Seawal pagi, dewan makan sudah dipenuhi dengan pelbagai jenis hidangan yang menyelerakan… daripada menu tempatan Arab sehinggalah menu antarabangsa.


senaskah al-quran dengan pemandangan kaabah dari bilik hotel


Namun, anak sulung saya tetap dengan selera Malaysia dan budak-budaknya. Dia just ambil susu dan bijirin (cereal) saja. Katanya, dia tak pandai nak makan menu yang lain. Biarlah, asalkan perutnya terisi dan dia bertenaga untuk meneruskan ibadah pada hari tu.

jag susu segar
Susu wajib minum


menu hidangan nasi di hotel Mekah
Pinggan mak dia

Kata orang, jemaah biasanya agak menyusut dan tak terlalu ramai lepas waktu sarapan pagi. Memikirkan peluang keemasan tu, kami berdua segera turun mengatur langkah menuju ke Masjidil Haram.

Agak berdebar bila memikirkan saya ambil keputusan nekad untuk turun berdua sahaja dengan anak tanpa telefon. Masa tu, kami memang betul-betul berjalan berdua je berbekalkan sekaut tawakal... berserah diri bulat-bulat bawah jagaan dan perlindungan-Nya.

Allah bagi rezeki yang sangat besar untuk kami dapat peluang rapat betul dengan dinding Baitullah. Memang tumpah air mata bila jemari ni akhirnya dapat sentuh sendiri kain Kiswah (kelambu hitam Kaabah) yang tersangatlah harum tu.

Tangan memegang kiswah kaabah

Dekat situ, kami berdiri erat, solat sunat, dan luahkan segala doa serta hajat yang dah lama terbuku dalam hati. Sumpah, susah nak gambarkan perasaan hamba yang kerdil ni bila dapat berada dekat sangat dengan rumah-Nya.

Tapi di sebalik rezeki yang kami dapat tu, sebenarnya ada satu kisah. Masa dekat Madinah hari tu, saya ada beli sepasang selipar baru. Cumanya, saiz dia agak besar dan longgar sikit bila dipakai.

Masa nak balik tu, kami berpusing-pusing juga lah mencari rak tempat simpan uncang selipar. Tu lah, kalau bawa telefon kan senang, boleh tangkap gambar nombor rak atau nombor tiang yang dekat situ. Lepas puas pusing mencari, akhirnya jumpa juga rak tu. Tapi, ada benda pelik jadi masa saya nak sarung balik selipar saya.

Eh, kenapa saiz dia tiba-tiba rasa ngam sangat dan muat elok dekat kaki?

Entahlah tertukar dengan orang lain ke macam mana, saya sendiri pun kurang pasti. Akhirnya, saya reda dan pakai je lah selipar tu untuk jalan balik hotel. Takkan nak berkaki ayam pula, kan?

Bila malam dah mula menjelma, kembara kami pun bertukar rentak. Kami tinggalkan seketika kesibukan kota Mekah demi memenuhi satu jemputan malam yang sangat istimewa. Kami dibawa membelah keheningan malam menuju ke luar kota sebab nak merasai sendiri pengalaman unik makan malam bawah langit terbuka dekat Padang Arafah iaitu tempat berkumpulnya jutaan jemaah haji dari seluruh pelosok dunia.

makan malam di padang arafah
Sedikit persiapan

Pengalaman malam tu sumpah tersangatlah unik dan santai. Kami duduk bersila ramai-ramai atas tikar yang dibentang terus atas bumi Arafah yang bersejarah.

Menu malam tu pulak nasi Arab yang dihidang dalam talam, makan kongsi bersama-sama bawah langit malam yang tenang. Paling buat suasana malam tu rasa best dan memukau sebab adanya Jabal Rahmah. Bukit kasih sayang tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Makan malam yang ringkas tu terasa nikmat sangat bila dapat rasa sendiri dekat bumi yang penuh barakah ni.

Hidangan nasi arab dalam talam di padang arafah
1 talam 4 orang

Malam semakin larut, dan esok, kembara kami akan diteruskan ke sebuah kota tanah tinggi yang terkenal dengan kedinginan dan kisah sirah tauladan Rasulullah SAW... 

Bersambung…

Tertinggal bahagian lepas? Klik pautan INI untuk ke entri sebelumnya.

6 ulasan:

  1. budak dan cereal mmg berpisah tiada...tp kalau anak bongsu ammi mmg geng nasi lemaklah dia.

    tu dia walaupun makan di outdoor tetap berkarpet bagai ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... yang sulung ni bab makan, tekak dia lain sikit. Yang bongsu, jenis tak memilih. Badan lebih berisi daripada kakak dia.

      Padam
  2. Tapi dulu pun saya tiap sarapan, tak terlalu berselera. Mungkin karena terbiasa tak sarapan yaa 😅😅. Hanya saja tetap paksa makan supaya ada tenaga.

    Miracle lah kak, bisa ngam dengan kaki sendal yang dibeli ❤️❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, sarapan untuk orang tak biasa memang tak berselera sangat. Kak pun sebelum kahwin, jarang makan pagi. Mungkin dari kecil dah terbiasa. Sekarang ni, kena ambil sarapan, baru bertenanga sehingga tengahari.

      Padam
  3. kadang perkara kecil macam ni pun boleh jadi kenangan yang tak mudah dilupakan sepanjang berada di Madinah.

    BalasPadam