![]() |
| Pinggan mak dia |
Tapi di sebalik rezeki yang kami dapat tu, sebenarnya ada satu kisah. Masa dekat Madinah hari tu, saya ada beli sepasang selipar baru. Cumanya, saiz dia agak besar dan longgar sikit bila dipakai.
Masa nak balik tu, kami berpusing-pusing juga lah mencari rak tempat simpan uncang selipar. Tu lah, kalau bawa telefon kan senang, boleh tangkap gambar nombor rak atau nombor tiang yang dekat situ. Lepas puas pusing mencari, akhirnya jumpa juga rak tu. Tapi, ada benda pelik jadi masa saya nak sarung balik selipar saya.
Eh, kenapa saiz dia tiba-tiba rasa ngam sangat dan muat elok dekat kaki?
Entahlah tertukar dengan orang lain ke macam mana, saya sendiri pun kurang pasti. Akhirnya, saya reda dan pakai je lah selipar tu untuk jalan balik hotel. Takkan nak berkaki ayam pula, kan?
Bila malam dah mula menjelma, kembara kami pun bertukar rentak. Kami tinggalkan seketika kesibukan kota Mekah demi memenuhi satu jemputan malam yang sangat istimewa. Kami dibawa membelah keheningan malam menuju ke luar kota sebab nak merasai sendiri pengalaman unik makan malam bawah langit terbuka dekat Padang Arafah iaitu tempat berkumpulnya jutaan jemaah haji dari seluruh pelosok dunia.
![]() |
| Sedikit persiapan |
Pengalaman malam tu sumpah tersangatlah unik dan santai. Kami duduk bersila ramai-ramai atas tikar yang dibentang terus atas bumi Arafah yang bersejarah.
Menu malam tu pulak nasi Arab yang dihidang dalam talam, makan kongsi bersama-sama bawah langit malam yang tenang. Paling buat suasana malam tu rasa best dan memukau sebab adanya Jabal Rahmah. Bukit kasih sayang tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa. Makan malam yang ringkas tu terasa nikmat sangat bila dapat rasa sendiri dekat bumi yang penuh barakah ni.
![]() |
| 1 talam 4 orang |
Bersambung…
Tertinggal bahagian lepas? Klik pautan INI untuk ke entri sebelumnya.






budak dan cereal mmg berpisah tiada...tp kalau anak bongsu ammi mmg geng nasi lemaklah dia.
BalasPadamtu dia walaupun makan di outdoor tetap berkarpet bagai ye
Itulah... yang sulung ni bab makan, tekak dia lain sikit. Yang bongsu, jenis tak memilih. Badan lebih berisi daripada kakak dia.
PadamTapi dulu pun saya tiap sarapan, tak terlalu berselera. Mungkin karena terbiasa tak sarapan yaa 😅😅. Hanya saja tetap paksa makan supaya ada tenaga.
BalasPadamMiracle lah kak, bisa ngam dengan kaki sendal yang dibeli ❤️❤️
Betul tu, sarapan untuk orang tak biasa memang tak berselera sangat. Kak pun sebelum kahwin, jarang makan pagi. Mungkin dari kecil dah terbiasa. Sekarang ni, kena ambil sarapan, baru bertenanga sehingga tengahari.
Padamkadang perkara kecil macam ni pun boleh jadi kenangan yang tak mudah dilupakan sepanjang berada di Madinah.
BalasPadamBetul
Padam