▼

Satu Akaun Tabung Haji Dah Split ke 2 Tabung

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya baru perasan yang Tabung Haji dah split 2 tabung. Tabung Am dan Tabung Istito'ah. (Dah macam akaun KWSP)

Dalam tabung Istitoah RM 5. Dulu saya daftar haji melalui KWSP (kategori BH2). TH pindahkan RM 5 dari Tabung Am ke Tabung Istito'ah.

Simpanan yang lain ada dalam Tabung Am. Dia tak auto masuk dalam Tabung Istito'ah tu. Kita kena buat sendiri manually transfer dari tabung Am ke Tabung Istito'ah.

Boleh tengok dekat bahagian pindahan (THiJARI). Tabung Istito'ah ni kena ada baki minimum RM 15K untuk kekal giliran mendaftar haji (last 31 Disember 2028).


Saya terus buat pindahan siap-siap tadi ke akaun Istito'ah. Bukan apa, sebab nak keluarkan ambil masa 10 hari bekerja.

Dia lambat cair. Susah la sikit nak keluarkan. Kalau senang cair, alamat tak penuh-penuh la jawabnya. Kita ni teringin nak buat haji awal. Tumpang masih sihat.

Semoga Allah SWT  limpahkan rezeki kita.. Cukup duit.. dapat jadi tetamu Allah. Amin

Sharhanah

10 ulasan:

  1. Yes bagus juga konsep ini, boleh elakkan kan kita keluarkan kerap!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kurang terdorong untuk keluarkan duit untuk perbelanjaan yang tidak penting.

      Padam
  2. Baca kat thread, terus check thijari memang dah ada 2 akaun.

    BalasPadam
  3. Buat 2 akaun sebab nak memudahkan buat pengeluaran untuk memenuhi keperluan kewangan harian. Tapi kalau cukup RM15000 automatik dpt giliran haji.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harap dapat giliran tak jauh lah. Masa daftar haji dulu dapat tahun 2080H 😅

      Padam
  4. Saya belum lagi check Tijari. Tq perkongsiannya.

    BalasPadam
  5. Dah lama juga tak buka acc i-Tijari ni.. tak sure mana simpanan tu pergi ke akaun mana selepas jadi dua akaun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau daftar haji guna kaedah skim KWSP, Tabung Istito'ah auto ada RM5. Maka, kena la isi sampai RM14,995. Tempoh penuhkan tabung sehingga 31 Disember 2028 untuk dapat giliran awal.

      Macam anak-anak saya sudah berstatus "Telah Mendaftar Haji di bawah syarat pendaftaran yang lama, dalam Tabung Istito'ah diorang auto RM1.3K.

      Padam