Ulasan Sambal Nyet Bilis: 12 Ogos 2026

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya memang penggemar sambal bilis. Nak buat stok tu, battle juga la malam tu😆. Saya jadikan paste untuk nasi goreng, makan dengan mee goreng pun sedap. Tak ada lauk di rumah? Goreng telur mata, makan dengan sambal ni pun dah cukup okey.

Semalam saya dah rasa sambal ni. Kebetulan ada ulam, jadi kita makan dengan ulamlah. Tapi jujurnya, sambal ni pedas untuk saya! 😂 Berjujuran air mata sementara nak habiskan nasi.

Kalau ikut tahap kepedasan lidah saya, saya bagi 7/10. Taktau lidah orang lain macam mana. Kalau ada pilihan saya nak request 3/10 je. Boleh makan lebih sikit.

Dari segi rasa, semuanya cukup. Cuma untuk saya, mungkin lepas ni kena letak sesudu sahaja. Kesian juga perut ni.

Snap jugalah walaupun tak menang apa-apa. 1 botol saya sedekah pada jiran

Rasa macam pedas lagi daripada Sambal Nyet Berapi. Tapi pelik juga sebab ramai yang kata Sambal Nyet Bilis ni tak pedas sangat.

Ke saya dapat batch kuali yang terlebih cili?

Sharhanah

6 comments:

  1. Tak pernah battle produk KA & tak pernah beli apa2 produk nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sebab share pandangan. Tak apa puan, masing-masing ada pengalaman dan pilihan sendiri kan. Apa-apa pun, terima kasih sebab sudi baca dan komen. Saya hargai sangat!

      Delete
  2. Adoi, memang auto meleleh air mata! Sambal bilis memang life saver! Buat paste nasi goreng auto terangkat. Tapi sambal pedas makan dengan ulam memang best pairing.Selalu simpan stok dalam peti tahan berapa lama sis? Menggugat selera betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha betul SR 😂 Sambal bilis ni memang wajib ada stok! Saya kerap buat nasi goreng. Mudah sangat. Dengan ulam pun memang ngam! Kalau dah buka, simpan dalam peti sejuk, boleh la tahan dalam 3 minggu. Saya dah buka botol yang ke-2.

      Delete
  3. Baca entry ni pun terasa pedasnya.. hehehe.. nanti nak cubalah, tak pernah lagi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca je dah terasa pedas kan! Kalau dah cuba nanti jangan lupa share dengan kita ya. Semoga kena dengan tekak sis!

      Delete