Majlis Graduasi KMNS 2025/2026

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, anak sulung dah tamat program Matrikulasi 10 bulan di bawah KPM dengan CGPA 3.96 

Majlis graduasi telah dijalankan pada 16 sehingga 18 Julai yang lalu. Saya dan suami turut hadir untuk sama-sama meraikannya.

Bersama Tuan Pengarah KMNS

Bersama abah. Dapat juga 4.0 di Sem 2
Sekarang ni dia tengah bekerja sambilan sementara menunggu keputusan UPU yang dijangka akan keluar pada pertengahan Ogos. Sempatlah cari duit lebih. 

Doakan Sofea dimudahkan urusan menyambung ke peringkat ijazah pula dan dapat program dan universiti yang diminatinya. Semoga terus bersemangat menimba ilmu dan cemerlang di dunia dan akhirat.

Sharhanah

8 comments:

  1. Tahniah atas Hari Graduasi KMNS ini! Bangga sungguh tengok kejayaan anak. Moga terus cemerlang dalam pengajian ke peringkat ijazah nanti. Selepas matriks, plan sambung bidang apa pulak?

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan tahniah puteri solehah.. semoga terus cemerlang di masa hadapan , dah ada graduasi ye Matrik sekarang, masa anak kak ana dahulu tak de lagi majlis graduasi di bekas pelajar KM Goreng, Perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin....
      Ya, pengarah KMNS sangat menyantuni permintaan genZ. Tu yg ada majlis graduasi. So far, buat masa ni KMNS je yang buat.

      Delete
  3. Alhamdulillah.. tahniah Sofia .

    ReplyDelete