Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Jika kita mahukan manfaat tidur yang berkualiti dan nyenyak, berikut adalah beberapa sebab mengapa kita perlu memastikan mendapatkan cukup Magnesium setiap hari.
Tidur Lebih Nyenyak
Magnesium membantu menggalakkan relaksasi dan mengawal melatonin, hormon tidur semulajadi badan kita.
Kurangkan Kebimbangan
Dengan mengurangkan tahap kortisol, hormon stres, magnesium membantu menenangkan sistem saraf kita dan mengurangkan gejala kebimbangan.
Kekejangan Otot?
Tidak Lagi! Kekurangan magnesium boleh menyebabkan kekejangan otot yang menyakitkan.
Meningkatkan Mood
Magnesium memainkan peranan penting dalam pengeluaran serotonin, neurotransmitter yang mengawal mood kita.
Sumber Magnesium boleh didapati dalam kekacang, bijirin dan sayur berdauh hijau. Amalkan pemakanan bahan bahan ini untuk manfaat kualiti tidur lebih baik
Sumber: PHM
.
Nak tidur nyenyak, jangan tidur lambat tapi itulah yang saya buat, walau bukan selalu tapi lesu badan sebab tak cukup tidur.
ReplyDeleteMandi sebelum tidur dan tidur awal.. Jangan makan 2 jam sebelum tidur.. itu cara saya la :D
ReplyDelete