Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selamat Tahun Baru 1446 Hijrah. Isnin baru anak-anak balik asrama. Bila semua ada dekat rumah, maknya dah blur nak masak apa.
Dalam peti sejuk ada 2 keping ikan salmon, isi ayam dan perut lembu. Apa yang paling senang? Hahaha. Kepingan salmon melompat-lompat minta dimasak. Haaa... Tipu.
Anak ke-2 yang saya request nak ikan. Sebab dah lama dia tak makan ikan tersebut. Dia lah yang tumbuk bawang putih dan halia untuk dilumurkan pada ikan. Ok, itu kita bakar je la.
Alahai... Suami pula kalau makan nasi, nak berkuah. Jadinya, saya buat sup je. Untuk yang makan pedas, dah ada stok sambal kicap.
Selalu salmon, saya bakar je. Nak kuah punya pasal, jadilah menu ini. |
Sharhanah
Masak salmon & brokoli ni masa anak sulung kecik je lepas tu tak pernah dah masak. Tak makan sangat salmon & brokoli.
ReplyDeleteSaya kenal ikan salmon pun bila dah kawen. Suka makan sebab kaya dengan nutrisi. Mampu beli beberapa keping je time dapat gaji.
DeleteBagus salmon buat sup. Masa di Sweden dulu org local sana ajar.. Ikan Salmon ni ada minyak Omega so the best way nak makan dia adalah dengan tidak membuang minyak omega dri ikan tu.. Tapi org malaysia pi goreng habis la hilang omega tu. Sup adalah cara paling baik.. Dan kemudian grill..
ReplyDeleteInfo yang menarik.
DeleteItulah... Paling senang grill.
Eh tiba-tiba rasa nak pi cari ikan salmon pulak.. hahahahaa...
ReplyDeleteDah habisss laaa๐คญ
DeleteUishhh nampak menyelerakan sup salmon ni…
ReplyDeleteSalmon tenggelam tak nampak๐ tapi sedap dimakan panas-panas gitu.
DeleteBoleh la cuba nanti ni...x pernah buat sup salmon
ReplyDeleteBoleh cuba nanti untuk yang suka makan kuah.
Delete