Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Masa guna lebuhraya tempohari, saya nampak ramai pemandu yang memasang lampu hazard ketika waktu hujan lebat. Masa dulu-dulu belum ada lesen, saya ingat itu norma biasa. Rupanya, memang salah! Itu belum yang berkonvoi. Macam nak cari perhatian ke hape?
Sebenarnya, penggunaan lampu kecemasan (hazard) bertujuan memberi isyarat bahawa kenderaan dipandu sedang menghadapi masalah atau berhadapan bahaya yang mana pemandu perlu memperlahankan kenderaan sebelum berhenti.
Lampu hazard BUKAN untuk
× Kegunaan semasa hujan
× Kegunaan semasa berkonvoi
Tindakan kita menyalahguna lampu hazard menyebabkan pemandu dibelakang keliru dan pening (lampu berkelip-kelip). Fungsi signal juga akan terhenti dan kenderaan belakang tidak tahu kita ingin menukar lorong atau tidak.
So, macam mana kalau dah tak boleh guna lampu tersebut??? Pasangkan lampu kabus (fog light).
Sharhanah
thanks for sharing
ReplyDeleteyou're welcome
Deletesemalam hujang lebat sungguh kan.. biasa kalau hujan MA akan pasang lampu je.. so kereta depan & belakang nampak la...
ReplyDeleteBaru semua pemandu nampak.
Deletelady pun pasang lampu kalau hujan.. tp xtahu la lampu hazard yang mana.. kot ldy pun sebahagian dr mereka.. haru..
ReplyDeleteHihihi... ala Idy, yang ada button segitiga tu ha.
DeleteDah biasa jumpa sikap segelintir pemandu yang pasang hazard light ni bila hujan lebat.
ReplyDeleteBagi saya mudah, kalau tak yakin/tak nampak, cari tempat sesuai dan berhenti tunggu hujan reda.
Sangat betul.
Delete