Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tahukah anda? Taman Botani Perdana adalah taman awam yang paling luas dan terbesar di Kuala Lumpur. Saya kerap ke sini daripada bujang sampailah dah tua bangka macam ni. Kalau dah duduk di hutan batu, mana lagi nak cari kawasan hijau atau "green lung" di kawasan bandar dan kawasan berkepadatan penduduk ni kan?
Tahun 2013, pernah buat mini reunion di sini bersama kawan-kawan UiTM (women only) yang tinggal di lembah klang. Seronok anak-anak sebab ada taman permainan yang banyak untuk dipilih.
Taman awam ni fungsinya adalah untuk mengekalkan keperluan ruang hijau sebagai medium interaksi sosial, terapi dan ketenangan serta untuk tujuan rekreasi. Taman ni antara taman awam yang paling saya suka dan kerap datang.
Baru-baru ni, saya dan suami bawa sorang je anak ke sini. Sengaja nak bawa dia jalan-jalan masuk hutan. Lepas dia bermain di taman permainan, kami brisk walk pula sebab nak keluarkan peluh sambil menghirup udara segar.
Saya suka taman awam ni sebab rasa macam berada di dalam hutan hujan tropika.
Taman Botani Perdana dibahagikan kepada 9 zon utama yang merangkumi kawasan pokok hutan, kawasan pokok buah-buahan, kawasan konservatori, laman perdana, rumah permainan buluh serta taman-taman tema khas iaitu Taman Herba dan Rempah-ratus, Taman Haruman dan Laman Pengantin, Taman Rusa, Taman Etnobotani, Taman Orkid dan Taman Bunga Raya.
Jom layan gambar... Gambar-gambar yang sempat saya snap sepanjang brisk walk.
|
Rasanya dia tua daripada saya๐ |
|
Anda telah sampai.... Datanglah sekali ke sini untuk merasa berada di dalam hutan hujan tropika di tengah-tengah kota. |
|
Lepas parking kereta, dia menuju ke sini dulu ok. Saya layankan aje. Sian dia, sorang-sorang pun ok. |
|
Mama dulu-dulu panjat pokok...lagi best. |
|
Ruffled Fan Palm |
|
Dia dan pokok. |
|
"Awak belum cukup besar untuk hidup sendirian" |
|
Pecah peluh. |
|
Flaming Torch |
|
Pokok berusia lebih seratus tahun pun ada di sini. Keep walking... |
|
Peace Lily |
|
Parakeet Flower |
|
Agak-agaklah nak sesat, atau tak tahan ke tandas... Boleh refer papan tanda arah ni ya. Waktu sampai di sini, dia ngadu lapar. |
|
Laman Perdana. Bawa kasut roda atau papan luncur memang best. |
|
Waktu ni hujan turun. Memang jadi tempat berteduh. |
|
Jumpa juga pokok bunga yang saya minat. |
|
View daripada bawah.... |
|
Cantik... |
|
Tunggu hujan reda... Lapar la pulak. |
|
Cantik |
|
Bunyi air di sini sangat menenangkan. Lepas makan, hujan pun berhenti.
|
|
Tak tahu pula nama pokok ni. |
Habis berjalan, jumpa playground lagi. Sakanlah nak main. Waktu ni semua permainan masih basah.
|
Syurga kanak-kanak |
|
Reti pulak nak balik...moh ler kita beransur pulang. |
|
Jalan lurus, jalan yang benar menuju jalan pulang. |
Tak habis pusing sebenarnya. Terpaksa balik disebabkan masa mencemburui. Lagi pula nak menyinggah pasaraya untuk beli barang dapur.
Sharhanah
Melihat foto-fotonya tampak sejuk dan rindang pepohonan di Taman Botani itu ya Mbak.
ReplyDeleteBanyak juga pohon-pohon besar disana. Taman yang luas begini memang cocok untuk kumpul bersama teman-teman ataupun keluarga besar.
Kalau disini ada semacam taman botani yaitu Kebun Raya Bogor. Belum sempat lagi saya mengunjunginya...
Salam,
ps. Ini kunjungan pertama ke blog Mbak ini.
Salam kenal dan salam persahabatan dari saya di Sukabumi, INA.
Terima kasih atas kunjungan tuan yang jauh dari Indonesia. Saya pernah menjejaki bumi Indonesia iaitu di Bali sahaja. Salam perkenalan ya.
ReplyDeleteBestnya beriadah di Taman Botani ni. Banyak ruang yang menarik dan suasana tenang. Banyak aktiviti juga tu. Kalau dekat boleh juga datang beriadah di sini.
ReplyDeleteLuas dan tenang
DeleteNice photo...Dulu mase tengah angau ke DSLR selalu jgk pegi amik gmbr =)
ReplyDeleteThank you. Saya takde DSLR, pakai phone je๐
Delete