Kesihatan Mental Ibu Lebih Penting Daripada Menjadi Supermom

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Mama saya macam harimau! Aaaummmmm"

Ibu adalah nadi sebuah rumah tangga. Mostly dia yang organize semua benda dan lakukannya. Cari barang, kemas barang, beli barang. Dia terpaling berfungsi dalam rumah sebab ia perkara normal yang sering dilakukan dan selalu jadi tempat rujukan bagi suami atau anak-anak.

Sebagai ibu yang punyai anak-anak yang masih di bawah umur, tidak perlu sangat nak uruskan segalanya... kerja di rumah tidak ada titik noktah. Rumah yang dikemas akan kembali semak, kain akan kembali menimbun dan anak-anak ada pelbagai kerenah. 

Ibu tak perlu jadi super mom, super housewife, super professional, super woman. Hentikan normalisasi istilah tidak releven seperti ini. Ibu hanya manusia, bukan watak fiksyen dalam filem.

Jika rasa letih, berehatlah.

Jika rasa ingin berjalan jalan ke taman, tukar kasut dan mula keluarkan peluh.

Jika rasa ingin ke salun, pergi.

Tolonglah sayangi diri sendiri, jangan sampai burn out. Utamakan kesihatan mental ibu.

Ciri-ciri ibu "burn out"

  • Penat dan lesu keterlaluan
  • Cepat naik angin
  • Rasa bersalah keterlaluan
  • Tiada selera makan
  • Mendiamkan diri, hilang kata-kata
Sekiranya keperluan kesihatan mental ibu tidak dipenuhi, ia akan mendatangkan kesan negatif bukan sahaja terhadap ibu itu sendiri, malahan terhadap anak-anak.

Sumber: Public Health Malaysia
Sharhanah

5 comments:

  1. Setuju jgn sampai burn out ... Takut baca berita pasal isteri kelar ank sendiri kemudian hantar gmbr ke suami.. Allahu.. yg penting kena jaga mental.. suami kena selalu jdi pendengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah... suami pun perlu ambil cakna. Sesekali belanja dan beri masa isteri untuk "me time". Tak rugi pun aih.

      Delete
  2. Akak memang takde rasa burn out, masa Dania kecik akak kerja stay kat KL dan Dania dijaga Atuk dan nenek dia..akak balik hujung minggu je..ye la masa tu single mom kan...lepas tu tau2 dah membesar je..rasa macam sekejap je..tapi tengok la adik2 yang burn out..sampai yang sorang ni dapat Hyperthyroid..selalu nasihatkan dia suruh cool down..ni anak- anak dia dah besar skit alhamdulillah dah ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pernah merasai waktu anak-anak masih kecil. Sudahlah anak setahun seorang. Segala benda nak kena buat๐Ÿ˜ต

      Delete
  3. ibu adalah segala2nya... perlu bagi me time untuk ibu supaya die x stress.. kalau stress ahli keluarga lain akan menerima bahangnya..

    ReplyDelete