Sambal Hitam - Mudah Tapi Renyah Kemain!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Bahan-bahan dan sambal hitam yang dah siap

Sebenarnya, saya tak pernah buat sambal hitam walaupun pokok belimbing buluh berlambak-lambak berbuah. Selalunya, saya akan beri pada jiran.

Ntah mengapa hari ini, saya terlebih rajin. Mungkin banyak masa di dapur dan kerja opis pula tak banyak. Kebetulan pula suruh si bongsu ambil 4 biji buah belimbing untuk dimasukkan ke dalam masak lemak cili padi kerang. Dia ambil, satu plastik weh!

Nak tak nak, buat juga la sambal hitam. Kebetulan pula ikan bilis ada. Apa lagi, saya mulakan dengan mencuci buah belimbing satu per satu.

Bahan-bahan nak buat tu sangat senang nak cari. Just anggarkan je nak masuk banyak mana.

Cili padi

Cili hijau

Ikan bilis

Bawang besar hanya potong kecil sebab nak kisarkan

Saya kisar semua. Cuma buah belimbing buluh tu saya kisar sikit-sikit (tak perlu letak air banyak, saya kisar dan tuang ke dalam bekas. Tinggalkan sedikit dalam blender, masukkan buah belimbing ulang-ulang). Sebab banyak sangat. Lepas tu tapis.

Cara memasak,

Tumis ikan bilis + cili padi + cili hijau + bawang sampai naik minyak. Lepas tu masukkan belimbing buluh yang dah dikisar. Nak tunggu air kering memang makan masa dan perlu bersabar. Bila dah hampir pekat, perlu kacau untuk elak berkerak atau hangus. 

Masukkan gula dan garam. Perasakan dengan apa yang anda suka. Saya baca dalam website, ada yang suruh masukkan kicap, sos tiram la... hentam saja la.

Hampir nak masuk Asar baru lah siap. Hampir 8 jam duk di dapur melayan dia saja. Itu pun saya suruh anak sulung kacau kejap sementara saya nak solat Zohor.

Bila siap, dapatlah dalam 4 bekas. Masa mula masak, hampir penuh 1 periuk besar. Patutlah harga sambal ni boleh tahan jugak la kan. Saya setuju harga berapa pun, penat ooo nak membuatnya. Melainkan kalau ada bantuan mesin macam kat kilang tu kan.

Selepas kemas dapur, cuci periuk segala... saya bersuara kat anak... cukuplah sekali mama masak. Kalau teringin, kita beli je la...

Sharhanah

6 comments:

  1. Renyah tapi hasilnya berbaloi kan puan?
    Kalau ikut resepi asal, lagi lama agaknya sbb buah belimbing tu kena rebus hingga hitam kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha, renyah. Silap teknik, habis sebelanga😅. Saya tak larat nak rebus lama-lama sebab nak jimat gas. Guna teknik moden, just blend.

      Delete
  2. Macam2 cili ada....! Mesti meletop ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya kata tak pedas punnnn. Yer la, sebab letak cili power 2 biji saja. Yang lain semua cili hijau jenis manja2

      Delete
  3. Saya suka sambal hitam ini.. Tapi memeang renyahlah nak membuatnya.. Selalu makan dah siap je..

    ReplyDelete