Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Saya ni, asalnya tak pandai masak pun. Bila masak je, rasa tak sedap. Bila dah jadi isteri, baru kalut nak belajar. Selalunya akan telefon mak di kampung. Kalau mak sibuk, saya akan google je. Awal 2000-an payah betul nak ada internet. Almaklumlah, pakai Nokia N73. Mahal kemain kalau guna data. Pakej internet pun belum ada lagi.
Terima kasih blogger yang rajin buat posting resipi. Saya pandai memasak sekarang pun disebabkan kerap google resipi orang. Alhamdulillah, semoga kalian mendapat pahala berpanjangan.
Petang semalam, selepas restock aiskrim Malaysia perut saya lapar sangat. Nampak ada sebungkus koey teow. Apalagi, bersilat lagi di dapur.
Anak-anak balik sekolah petang. Semua puji kata sedap. Rating 10 katanya! Perghhh ๐ค๐ค๐ค
Koey Teow Goreng
Bahan-bahannya,
1 bungkus koey teow (saya cuci dengan alirkan air di dalam penapis sambil selawat ke atas Nabi)
3 ulas bawang merah - ditumbuk halus
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 tangkai cili kering - rendam dalam air panas, lepas tu baru tumbuk halus
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos ikan
4 sudu kicap
1 mangkuk kecil udang (buang semua kulit)
Separuh lobak merah - sagat halus
1 tangkai Cili hijau - potong bulat-bulat
1 biji telur ayam - pecah dan pukul manja. Letak sedikit lada sulah.
5 sudu minyak masak
1 sudu garam halus
Bawang goreng - untuk rasa yang ranggup
Cara-caranya,
1. Tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap dan sos ikan sehingga nampak pecah minyak.
3. Masukkan udang. Kacau sebentar.
4. Masukkan sedikit garam. Kacau sebentar.
5. Masukkan koey teow. Kacau sehingga sekata (tung tang tung tang) Boleh besarkan api yer. Buat ruang kosong di tepi kuali.
6. Masukkan telur ayam. Nampak separuh masak, baru gaulkan koey teow dengan telur.
7. Masukkan lobak merah dan cili hijau. Kacau sekejap je. Tutup api.
8. Tabur bawang goreng. Siap.dihidang.
Tadaaaa....
Takde kerang pun... Tauge pun takde. Tapi sedap tau. |
Betul, lama kelamaan kita akan lebih mahir jika selalu memasak atau apa saja kerja pun... Practice makes perfect kan...
ReplyDeleteSy pun sama, asalkan ada bahan utama, yg extra² tu apa yang ada je... Pandai² la adjust kan :)
Betul Puan Hazel.
DeletePractise makes perfect... sy pn suka share hasil masakan sendiri walaupun bahan simple je janji suami dan anak² kata sedap... hehehe
ReplyDeleteHehehe
Deletedah mcm padthai sbb ade sos ikan. sos ikan tu mgm sedap sbnrnya. ganti perasa masin
ReplyDeleteSaya letak sebab ada. Kalau takde, memang tak letak pun. Tak pernah beli sebenarnya๐ . Ada kawan bagi tips, untuk goreng-goreng...disarankan letak. Baru ada kick.
DeleteSetuju dgn ayat Jangan takut mencuba . Hari2 memasak insyaAllah akan pandai ..
ReplyDeleteMakan modal kalau nak buat kek atau biskut. Kalau tak jadi, rasa nak nangis je.
Deleteammi masih mencari2 resepi char keow tiaw chinese style yg ammi mkan di kedai cina halal dulu. susah betul nak dapat yg sama
ReplyDeleteSaya pernah buat, tak jadi... Huhuhu
ReplyDelete