Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sudah lama saya menggunakan aplikasi OneNote dalam telefon pintar saya. Ia banyak membantu dalam kerja seharian. Saya suka sebab dalam 1 nota ada banyak seksyen dan halaman. Mudah betul nak cari.
Ia sebenarnya aplikasi pengambilan nota digital yang menyediakan satu tempat untuk menyimpan semua nota, penyelidikan, pelan dan maklumat. Semua yang kita perlu ingat dan uruskan dalam kehidupan di rumah, tempat kerja atau sekolah.
Selalunya saya simpan resipi, doa, pendidikan anak-anak, catatan harian dan satu-satu perjalanan. Siap boleh lukis dan tinggalkan rekod suara. Lagi best kalau boleh letak video macam aplikasi Freeform tu.
Macam saya buat sekarang ni, membaca doa-doa yang sudah disusun ketika sebelum tidur. Nak hafal tua-tua ni, memang lambat. Saya jadikan amalan. Lama kelamaan, kita boleh membaca tanpa melihat nota.
Alhamdulillah... wirid lepas solat tak perlu tengok nota dah. Banyak lagi yang perlu saya amalkan. Hari-hari kena buat secara istiqamah. Baru mudah masuk ke dalam minda.
Sebenarnya, banyak lagi kelebihan OneNote ni. Lagi-lagi kalau dalam satu-satu organisasi. Masing-masing boleh berkolaborasi berkongsi idea dalam satu halaman.
๐ Saya masih dalam proses menghasilkan nota pelajaran untuk bacaan anak-anak menggunakan aplikasi ini. Susahnya nak cari masa yang betul-betul boleh fokus. Huhuhu. Doakan saya.
Eh, bagus ni... uncle selalu je hilang nota!
ReplyDelete