BELI TIKET ETS TANPA TUNAI - DISKAUN 25%!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya merancang membawa keluarga (6 pax) menaiki Electric Train Service (ETS) memandangkan kami semua belum pernah merasai pengalaman menaiki pengangkutan awam tersebut. Ini masa terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan. Lebih-lebih lagi si bongsu yang membesar di zaman pandemik. Banyak masa dihabiskan di rumah dan saya jarang bawa dia bercuti.

Ya, kami akan ke Perlis Indera Kayangan. Negeri terkecil dan negeri paling hujung di utara Semenanjung Malaysia. Lagipun, anak-anak saya semua belum pernah menjejaki bumi Perlis. Suami setuju je.

Perkara pertama yang saya buat ialah mencari tarikh yang sesuai. Mohon cuti siap-siap untuk suami (menerusi sistem) dan isi borang online untuk majikan saya. Lepas tu, saya mencari-cari promosi oleh Keretapi Tanah Melayu (KTM). Setakat google, memang jenuh nak jumpa. Perlu ke media sosial mereka.

Terjumpa posting KTM berkenaan promosi Travel Sama-Sama di Facebook. Apa lagi, saya membaca satu-satu terma dan syarat untuk melayakkan saya mendapat diskaun 25%. Elok sangatlah, kami lebih daripada 4 orang! 


Cepat... dah ramai yang tempah

Alhamdulillah, dah selamat membeli. Caranya sangat mudah. Jangan lupa masukkan Kod Promo sebelum membuat pembayaran ya. Contoh; nak pergi bulan Disember, masukkan TRAVEL12SAMASAMA. Kalau bulan Ogos, masukkan TRAVEL8SAMASAMA.

Sekarang ni saya sibuk mencari kereta sewa, penginapan dan tempat-tempat menarik di sana. Kalau ada sesiapa yang boleh cadangkan, sila komen ya. Terima kasih siap-siap :)

Saya yang dah berbelas tahun tak jejak Perthlis,

Sharhanah


Update terkini: 50% diskaun untuk bulan Julai. Pemberian diskaun melibatkan tarikh-tarikh tertentu khusus bagi tiket kategori dewasa dengan menggunakan kod promo mengikut tarikh iaitu pada 11 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY11), 12 Julai (TRAVELLOKALJULY12), 13 Julai (TRAVELLOKALJULY13), 18 Julai (TRAVELLOKALJULY18).

Bagi tarikh 19 Julai (kod promo: TRAVELLOKALJULY19), 20 Julai (TRAVELLOKALJULY20), 25 Julai (TRAVELLOKALJULY25), 26 Julai (TRAVELLOKALJULY26) dan 27 Julai (TRAVELLOKALJULY27).

11 comments:

  1. Wah ada diskaun 25% tue . Welcome tue perlis .. Boleh tengok nature view aje lahhh kalau datang sini ..enjoyyy view kehijauan

    Dtg sini jejalan jgn lupa singgah view poin wang kelian , dusun nakawan (bfast) , warung tepi sawah (bfast), anjung keli (lunch), warung kak eta (lunch) , api2 ikan bakar (dinner), nyiru klasik (dinner)

    Tmpt menarik
    Tasoh lake, gua kelam, view point wang kelian, pdg besar, jambatan tunku syed putra. Kampung warna warni, bukit chabang

    Enjoy your bacation .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cik Cappuccino Latte. Saya akan masukkan dalam list. Aha, view bumi Perlis awesome. Mana nak dapat dekat lembah klang ni. Saya memang nak santai-santai je trip ni. Yang pastinya, rindu betul dengan suasananya, orangnya dan muka buminya.

      Delete
  2. Masa tgk promo ni di inbox hari tu... waaaa bestnya murahnya... selamat bercuti nnt ya

    ReplyDelete
  3. Wah menarik ni ...
    Teringin juga nak bawa anak⁴ naik ETS ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom, marilah kita ambil kesempatan waktu promosi macam ni :D

      Delete
  4. teringin nak ke Perlis lg. Dulu cuma singgah di jeti Kuala Perlis masa nak pi Langkawi. Tu pun dah lama...thn 2005.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama sangat dah tu Abam Kie. Kena pusing 1 Perlis, baru best.

      Delete
  5. Wah..besnya..
    Saya belum ada pengalaman naik ETS jauh2..
    Siap ada diskaun tu
    .menarik

    ReplyDelete
  6. Uncle pernah naik ets ni... tapi masa tu janggut hitam lagi.... hehehehe

    ReplyDelete