Pokok bunga tanpa perlu susah-susah tanam, tapi sangat cantik!



Saya masih mencari nama saintifik pokok ni. Tak jumpa pula. Tumbuhan ini tumbuh melata di sepanjang jalan bersama rumput dan lalang. Saya perasan waktu hantar anak saya ke sekolah. Takde keje pula nak turun ambil gambar. Dalam hati memberontak, suatu hari nanti... Pasti akan ku petik diri mu jua. Sekali lupa macam tu je. Sebab anak dah pergi sekolah naik bas.

2 tahun berlalu selepas PKP...

Semalam saya sibuk di dapur. Sambil mencuci pinggan mangkuk, mata saya tertumpu pada luar tingkap. Eh, sejak bila pokok bunga ni tumbuh? Sebelum ni tak ada pula. Kelihatan sang suami sedang sibuk di luar. Saya abaikan sebab saya perlu bergegas masuk "ofis". Banyak kerja yang sedang menunggu.



Aik, dah ada orang petik! Rupanya si suami yang bawa dan letak atas meja "ofis" saya. Inilah pertama kali suami beri sejambak bunga! Hahaha... Masa bercinta pun tak pernah diberinya. Inikan pula selepas kahwin. Dapat bunga si putih liar ni je.

Inilah peluang keemasan saya sejak 2 tahun lepas untuk mengabadikan gambar si bunga putih comel. Kita tak perlu cari dia, dia yang datang dekat kita. Dasattt.


Beginilah yang sebenarnya kehidupan makhluk Allah di dunia. Kecantikan tidak akan kekal lama.... Percayalah!

Sharhanah 

2 comments: