Menikmati Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Tekala

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dek kepenatan mengharungi bulan April yang padat, suami bawa saya jalan-jalan menghirup udara segar di luar selepas menghantar anak ke sekolah. Walaupun hanya beberapa jam, sudah cukup membuatkan minda saya rasa segar.

Ya, sehingga kini saya masih WFH sambil mengurus rumah tangga. Beban tu sangat berat untuk digalas. Aktiviti yang sama setiap hari. Penyapu, pinggan mangkuk, sudip, dapur, komputer riba, mesin basuh tu lah antara kawan-kawan saya di rumah. Tinggal diorang jap.

Kami ke Taman Eko Rimba Sungai Tekala. Harga tiket masuk untuk seorang dewasa ialah RM2. Manakala untuk seorang kanak-kanak ialah RM1.

Sebenarnya sudah beberapa kali kami ke sini. malangnya ia ditutup sementara selepas dikesan positif wabak Leptospirosis atau kencing tikus.

Saya datang sini bukan nak mandi pun. Tapi sekadar nak merakamkan keindahan alam. Bunyi air terjun, unggas, kehijauan, sangat mendamaikan. Terlupa walhal ada beban di kepala yang ditanggung.

Menangkap gambar memberikan saya suatu kepuasan. Ia merupakan medium untuk saya meluahkan kreativiti dan menghargai alam ciptaan Allah dari sudut pandang yang berbeza.

Jom tengok apa yang saya rakam...

Sebelah bawah, sesuai untuk kanak-kanak. Sungai cetek dan tak banyak batu.

Berdua lebih baik๐Ÿคญ
Mendongak 

Suka tengok tekstur kulit pokok

Jambatan merentangi sungai





Akar-akar pokok


Antara gambar kegemaran saya. Ada cahaya mentari menembusi.


Pagi yang indah... Suasana masih nyaman walaupun sang  mentari telah memancarkan cahayanya di sebalik pokok-pokok.
Korang rasa macam mana bila tengok gambar? Rasa nak datang tak?

Sharhanah

4 comments:

  1. Subhanallah... Cantik sungguh ciptaan Allah...
    Dapat mandi sungai memang best, tapi nak menyalin pakaian tu, berchenta betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bilik salin pakaian disediakan.
      Lecehkan kita yang perempuan ni nak salin menyalin, bersalin takpe pula..hihihi. Sudahnya, menung tepi tebing tengok anak-anak mandi je la.

      Delete
  2. Sejuk mata memandang. Gambar last lawa.

    ReplyDelete