Menikmati hidangan di tepi sungai

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sesudah menikmati pemandangan Taman Eko Rimba, kami pulang ke rumah. Kerja saya banyak yang sedang menunggu. Tetapi suami ajak makan dulu. Lapar katanya.

Kami berhenti makan di gerai yang selalu juga kami singgah untuk makan laksa atau bihun sup. Kali ni, kami makan nasi terus. Lagi pun pukul 11 pagi, suami akan buat keje sambilan di kedai perabot berdekatan dengan rumah. Setiap kali dia off day, dia akan ke sana untuk menambah pendapatan.

Gerai buka pukul 9 pagi, kami antara orang terawal cedok nasi. Best sebab semua panas-panas.

Pinggan saya... pucuk paku memang kegemaran sejak dulu lagi

Suami pilih gulai kambing + air teh ais... leher ayam saya tak makan, pas dalam pinggan dia.
Alhamdulillah, saya makan licin. Jarang sekali boleh makan sampai habis kalau makan di gerai. Suami kata, tak payah masak lunch hari ni, tapau je. Lega benarrr mendengarnya. Saya tapau 2 ketul ayam goreng, 1 ekor ikan jaket dan sayur pucuk ubi masak lemak untuk mak saya dan 2 orang anak. Total semuanya RM43.

Ok ke harga tu?

Sharhanah

Menikmati Keindahan Taman Eko Rimba Sungai Tekala

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dek kepenatan mengharungi bulan April yang padat, suami bawa saya jalan-jalan menghirup udara segar di luar selepas menghantar anak ke sekolah. Walaupun hanya beberapa jam, sudah cukup membuatkan minda saya rasa segar.

Ya, sehingga kini saya masih WFH sambil mengurus rumah tangga. Beban tu sangat berat untuk digalas. Aktiviti yang sama setiap hari. Penyapu, pinggan mangkuk, sudip, dapur, komputer riba, mesin basuh tu lah antara kawan-kawan saya di rumah. Tinggal diorang jap.

Kami ke Taman Eko Rimba Sungai Tekala. Harga tiket masuk untuk seorang dewasa ialah RM2. Manakala untuk seorang kanak-kanak ialah RM1.

Sebenarnya sudah beberapa kali kami ke sini. malangnya ia ditutup sementara selepas dikesan positif wabak Leptospirosis atau kencing tikus.

Saya datang sini bukan nak mandi pun. Tapi sekadar nak merakamkan keindahan alam. Bunyi air terjun, unggas, kehijauan, sangat mendamaikan. Terlupa walhal ada beban di kepala yang ditanggung.

Menangkap gambar memberikan saya suatu kepuasan. Ia merupakan medium untuk saya meluahkan kreativiti dan menghargai alam ciptaan Allah dari sudut pandang yang berbeza.

Jom tengok apa yang saya rakam...

Sebelah bawah, sesuai untuk kanak-kanak. Sungai cetek dan tak banyak batu.

Berdua lebih baik🀭
Mendongak 

Suka tengok tekstur kulit pokok

Jambatan merentangi sungai





Akar-akar pokok


Antara gambar kegemaran saya. Ada cahaya mentari menembusi.


Pagi yang indah... Suasana masih nyaman walaupun sang  mentari telah memancarkan cahayanya di sebalik pokok-pokok.
Korang rasa macam mana bila tengok gambar? Rasa nak datang tak?

Sharhanah