Cara Top Up Di Aplikasi Unifi Mobile Prepaid

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Untuk menambah nilai kredit secara terus pada akaun prepaid Unifi Mobile, boleh lah menggunakan aplikasi Unifi Mobile Prepaid. Ia lebih cepat dan mudah daripada menambah nilai di perbankan online atau aplikasi lain.

Bila dah masuk ke dalam aplikasi tersebut, anda dibawa ke paparan utama. Jangan tekan "RELOAD" di sini ya.

Kalau tekan reload juga, akan keluarlah imej seperti di bawah. Banyak kali saya kena. Hahaha. 

Kerap kali jadi macam ni

Solusi? tekan "History". Ada imej seperti di bawah.





Bila tekan "reload" di page "history", barulah akan keluar reload methods. Pilih kaedah mana yang anda sukai. Bila nak tambah kredit untuk anak yang jauh, anak akan pilih "Reload Pin" dan masukkan nombor Pin yang diterimanya melalui SMS (saya beli menerusi perbankan online). Agak kesian bila waktu tu telefon anak tiada capaian internet. Macam mana dia nak buka apps ini? Cuba fikir.


Kalau dulu, saya reload nilai Digi Prepaid menerusi perbankan online. Terus kredit masuk tanpa perlu memasukkan nombor pin. Rasanya diorang ni nak suruh kita guna apps sepenuhnya bila menambah nilai. 

Psttt... Penuh apps di dalam telefon. Yang tak guna seperti Facebook.. saya tak install pun. MySejahtera pun saya dah buang.

Sharhanah

ADAB - MENZIARAHI JENAZAH

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Adab Menziarahi Jenazah

  • Mengucapkan takziah kepada keluarga
  • Mengucapkan kata-kata yang boleh menyenangkan perasaan dukacita kepada keluarga
  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan
  • Menunaikan solat jenazah
  • Memberi pertolongan kepada keluarga dalam pengurusan jenazah
  • Mengiringi jenazah ke tanah perkuburan

Ucapan takziah kepada keluarga

"Semoga Allah SWT membesarkan pahala mu dan menguatkan ketabahan mu dan mengampunkan bagi si mati"

TAKZIAH ialah ujian kepada keluarga si mati supaya bersabar dan menghiburkan mereka dengan pahala yang dijanjikan Allah SWT dan mendoakan keampunan kepada si mati serta keluarganya.

Istirja' ketika mendengar kematian

Ψ₯ِΩ†َّΨ§ Ω„ِΩ„َّٰΩ‡ِ وَΨ₯ِΩ†َّΨ§ Ψ₯ِΩ„َيْΩ‡ِ Ψ±َΨ§Ψ¬ِΨΉُΩˆΩ†َ

Sesungguhnya, kami adalah milik Allah SWT dan kepada-Nya jualah dikembalikan..

Fadhilat Beradab Ketika Menziarahi Jenazah

  • Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah
  • Memberi keinsafan
  • Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah
  • Dapat menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain.

Akibat Tidak Beradab Ketika Menziarahi Jenazah

  • Menjejaskan hubungan silaturrahim dengan keluarga jenazah
  • Menambah tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli
  • Tidak menunaikan hak sebagai seorang muslim ke atas muslim yang lain.


Perjalanan Pulang Ke Kampung - Pagi Yang Berkah!

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

Baru-baru ini saya pulang ke kampung sekejap untuk meraikan majlis perkahwinan anak buah. Perjalanan kami bermula selepas solat  subuh dari rumah.

Sebenarnya, kami jarang buat perjalanan jarak jauh selepas Subuh. Selalunya, perjalanan dimulakan selepas isyak disebabkan menunggu bapaknya balik kerja.

Kisahnya, setiap R&R bapaknya berhenti tidur (al-maklumlah, penat kerja di siang hari. Malam patutnya dapatkan rehat secukupnya). Hahaha. Esok baru sampai. Jadinya, solat subuh di R&R.

Sekarang ni kita perlu ubah. Saya beri cadangan, kenduri hari Sabtu. Kita akan balik pagi Sabtu je. Kita dapat tidur yang cukup dan tak perlu tidur dalam kereta. Sempit dan tak selesa pulak tu. Mana taknya, pakat sakit badan bila sampai di kampung.

Alhamdulillah, rancangan berjaya! 

Kami sampai ke destinasi pada pukul 11.30 pagi. Berhenti sekali je di R&R untuk sarapan pagi.

Bagi saya, perjalanan selepas Subuh ni sangat segar. Kami sekeluarga dapat berbual-bual dan menjadikan suasana lebih ceria. Kalau perjalanan malam, sah anak-anak membuta. Tinggal saya dan suami je berjaga. Mula lah jemu dan mengantuk. Itu yang setiap hentian nak kena berhenti.

Dulu perjalananan mengambil masa 9-10 jam baru sampai ke kampung. Sekarang ni, percubaan pertama ternyata berbeza. Memandu dalam 4 jam sahaja.

Walaupun hal ini sangat mudah, tapi saya sangat percaya pada keberkatan waktu pagi.

Rasulullah SAW bersabda, “Ya Allah berkahilah untuk umatku waktu pagi mereka.” (HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah).

Ahad tu, kami dah bertolak balik ke rumah.


Sharhanah

Surah Asy-Syu'araa' 26:83

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang 

"Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh." (Asy-Syu'araa' 26:83)