Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Petua bantu meningkatkan hayat bateri telefon bimbit
"Hello, hello... Ala, bateri phone tinggal 1% je" |
Kelebihan Kad Debit Visa MAE (Maybank Anytime, Everyone)
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sekeping kad visa debit MAE |
Saya telah memohon kad debit visa MAE (Maybank Anytime, Everyone) pada hujung Januari lalu menerusi aplikasi MAE secara online. RM8 akan dicaj pada akaun jika permohonan kad MAE berjaya. Kad ini selamat sampai di depan pintu rumah saya kurang 5 hari dari tempoh permohonan.
Mudah kalau ada info grafik melihat perbelanjaan bulanan. Kategori mana yang kita duk perabis duit tu? |
Keropok lekor yang sedap
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru sampai dari Terengganu |
Anak buah yang duduk di Terengganu ada hantarkan keropok lekor. Dia borong banyak pek. Dia inform, keropok ni la yang selalu dia beli kalau teringin nak makan.
Ya betul, keropok ni saya goreng 1 pek dengan anak-anak pun puji cakap sedap. Bagi dekat saudara mara di utara pun cakap sedap. Sampai ada yang nak lagiπ€.
Memang boleh buat berniaga. Cuma itulah, jauh sangat kalau nak restock. Kos agak tinggi untuk penghantaran mengguna syarikat kurier tempatan.
Yang best keropok ni, goreng tak meletup, isi ikan banyak bukannya banyak tepung, tiada tulang, warna cantik dan bersih je, lepas goreng dia akan rangup di luar dan lembut di dalam, sos pencicahnya sedap sangat!
Peminat keropok lekor ganu.
Sharhanah
Ice skating di Putrajaya
Telur Masak Lemak Lada Hitam
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Hasilnya... Semangkuk telur masak lemak lada hitam |
Air panas tahan 8 jam!
Sejuk-sejuk memang best layan kopi panas. |
Bukan setakat bancuh air kopi atau teh, saya juga makan mi segera panas-panas. Punyalah nikmat. Mana tidaknya, bawa mi cawan perasa lontong yang pedas. Rindu betul nak makan pedas. Itulah pengubatnya.
Banyak berjasa ni.... |
Kalau yang tak kisah dan malas nak bawa termos, boleh je beli air minuman panas-panas di restoran dan cafe tempatan. Rasa sama je, cuma saya dapat jimat banyak!
Nak Beli Mesin Basuh, Tapi Tahu Nak Pilih Jenama Apa
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Nampak gayanya, saya terpaksa membeli mesin basuh yang baharu memandangkan mesin 10kg sekarang dah rosak. Dahsyat betul kesannya pada kehidupan, membawa saya kepada kemurungan.
7 tahun bertahan... sekarang sedang rosak. |
7 tahun dia berkhidmat (dalam 2, 3 kali kena tukar spare part), akhirnya "sakit". Sakitnya bertambah teruk bila kena musibah banjir pada Disember 2021 (butang power perlu tekan pakai siku). Tapi, masih dapat diselamatkan lagi. Itulah suami saya. Prinsip selagi boleh guna, dia akan pergunakan. Suami saya sendiri yang betulkan mesin basuh tu. Cuma, ada kesan bunyi bising bila mesin tu menjalankan tugasnya. Setahun jugalah mesin ini dapat berkhidmat selepas pulih daripada banjir. Hebat betul!
Dah patah pun, nak pebaik lagi ke?π |
Pada penghujung Januari 2023, mesin ini dah tak mampu membasuh apatah lagi nak mengeringkan pakaian. Dah jadi kepada kurang upaya. Dia beroperasi seperti biasa daripada wash - rinse - wash - rinse - spin. Bila habis, dia akan berbunyi beep... beep... beep
Saya pun buka la pintu top loader mesin tersebut. Konon nak sidai baju. Sekali, baju masih basah, serbuk sabun masih melekat pada pakaian. Terus inform suami. Nampak gayanya, kalau masalah motor... waranti memang ada 12 tahun. Tetapi dah tak valid disebabkan kawasan kami pernah banjir. Kalau perbaiki juga, perlu beli panel board yang berharga RM180, DD Inverter Motor berharga RM900+. Kan harga dah dapat mesin basuh baharu!
Maka, saya tengah buat kaji selidik. Ya lah, nak bentangkan kertas cadangan kepada suami. Kalau dapat kelulusan dia, bolehlah beli mesin basuh yang baharu. Benda pertama yang saya buat ialah tanya review pada kawan-kawan dalam group WhatsApp. Lepas tu, saya tengok kelebihan dan kekurangan dan akhir sekali, tengok bajet.
Saya juga minta pendapat daripada juruteknik. Dia pun tak berani nak maklumkan jenama apa yang terbaik. Cuma, dia pesan... perlu buat sedikit "research" dan pilih yang ada waranti sekurang-kurangnya 2 tahun.
Saya sedang berkira-kira untuk mengambil mesin basuh jenis muatan depan yang berkapasiti kecil. Katanya jimat air, elektrik dan sedikit sahaja penggunaan serbuk sabun.
Lagipun, hari-hari saya membasuh pakaian. Cukuplah setakat 7kg. Kalau dulu saya bekerja, 2 ke 3 hari baru saya membasuh pakaian. Memang menjadi keperluan untuk membeli mesin basuh berkapasiti besar.
Kekurangan? kalau rosak... kosnya agak mahal. Nak masukkan pakaian, dah pula kena membongkokkan badan, tak boleh masukkan pakaian kalau mesin dah mula beroperasi.
Bajet saya bawah RM1K. Masih ada masa untuk mengkaji dan terus mengkaji. Tukang bawa pakaian ke dobi depan rumah adalah suami. Lagi lambat hasil kajian, lagi keraplah suami perlu kena ke sana dan kos cucian makin bertambah!
Tolong!
Teringat zaman kanak-kanak, ikut mak angkat besen ke sungai. Basuh baju atas batu leper. Pakai sabun Cap Kapak.
Sharhanah
Hak-hak Pengguna
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Baru-baru ini, saya ada buat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai barang (waranti 5 tahun) yang saya beli. Ia berfungsi dengan baik dan mengalami kerosakan setelah sebulan lebih saya menggunakannya. Pihak penjual menyuruh saya menghantar semula untuk diganti baharu. Malang sekali, sehingga sekarang saya masih tidak menerimanya.
Berkali-kali saya bertanya penjual di ruangan chat selepas saya menghantar semula barang itu kepada mereka. Mesej saya hanya dibalas oleh auto reply chat. Sudah 3 bulan tiada jawapan. Maka, saya mengambil keputusan untuk meminta pertolongan pihak ketiga untuk membantu saya.
Imbas untuk aduan |
Alhamdulillah, Jumaat saya berjumpa dengan pegawai KPDNHEP dan hari Rabu saya telah menerima panggilan daripada pihak penjual. Barang saya akan diganti dan dihantar semula. Lega rasanya. Walaupun harga barang itu di bawah RM100 (saya beli 2-unit, cecah juga ratusan), tetapi saya nak hak saya sebagai pengguna.
Jika saya tidak kisah, pihak penjual pun akan tidak kisah. Lagi sukalah pihak penjual. Untung dia dapat. Kita? dapat apa???
Kita sebagai pengguna ada hak dan untuk memiliki dan menentukan barangan serta perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat yang diperolehi, keperluan, citarasa dan kemampuan masing-masing.
Hak untuk membuat pilihan
- Dapatkan maklumat sahih, nilai yang baik, kualiti dan lain-lain bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perlu berhati-hati dalam membuat pilihan. Belilah di tempat yang menawarkan mutu dan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diakui.
Hak untuk mendapat ganti rugi
- Apa tindakan sekiranya wujud kecacatan pada barangan atau perkhidmatan
- Jangan terima barangan berkenaan
- Beritahu kepada penjual dengan segera
- dapatkan ganti rugi sekiranya penjual setuju
- Sekiranya barangan masih digunakan, berhenti menggunakannya. Hantar semula barangan bersama resit serta bukti pembelian.
- Jika masalah rumit dan tiada penyelesaian, sila buat aduan bertulis kepada pihak berkuasa
- Pengguna bertanggungjawab mematuhi setiap arahan yang ada dan membeli mengikut langkah keselamatan yang disyorkan
- Beli ubat-ubatan di farmasi yang diluluskan.
- Baca dengan teliti label barang
- Jangan beli makanan dalam tin yang kemek dan berkarat
- Pilih makanan yang segar tanpa bahan pengawet.
- Laporkan kepada pihak berwajib sebarang kejadian keracunan makanan atau premis makanan yang kotor.
- Tanda kelulusan ST dalam bentuk label atau cetakan
- Label SIRIM nama sama ada label 'MS', 'S' atau 'SIRIM Listed Products'