MRT KAJANG LINE - Stesen Bas Jalan Pekeliling

Sudah 2 tahun saya tidak aktif menaiki keretapi πŸ˜‚ dan tiba-tiba terpaksa pula mengajar anak. Sudah pula masa diberi kurang daripada sejam! Kalau tak, anak saya akan tertinggal bas.

Sebelum pergi, saya Google dulu.

(Eh, dah ada PUTRAJAYA LINE. Sayangnya, belum beroperasi secara rasmi. Kalau tak, saya perlu tukar train di Stesen MRT TRX dan naik PUTRAJAYA LINE untuk turun di Stesen MRT TITIWANGSA)

Sampai di kaunter saya tambah nilai Mykad anak saya sambil bertanya pada kakitangan yang bertugas untuk kepastian. Risau juga, sudahlah masa suntuk... Saya buat pula bodoh sombong, memang cari pasal lah! Malu bertanya, sesat jalan weh.

Saya perlu turun di Stesen MRT MALURI/MRT MERDEKA dan tukar ke LRT AMPANG LINE. Ya, ini adalah pengalaman pertama kali nak ke Stesen bas tersebut. Pernah dengar, sampai jer belumπŸ˜…. Kalau Terminal Bersepadu Selatan (TBS) saya tahu lah.

Semasa berjalan ke LRT AMPANG LINE, kena pastikan kita di platform yang benar. Ya, tunggu train yang menghala ke Sentul Timur ok. Bukan yang menghala ke Ampang. Itu cari pasal nak tambah masaπŸ˜‡

Saya beberapa kali tengok jam. Macam tak sempat jer. Saya mampu berdoa dalam masa kecederaan ini agar Allah mudahkan kami agar selamat sampai pada pukul 1. Bayangkan, saya masih perlu melalui lagi 9 stesen lagi. Walhal, tinggal lagi 15 minit jer.

Kami turun di Stesen LRT TITIWANGSA. Dengan berlari anak melalui jejantas, dan sampai ke Stesen Bas Jalan Pekeliling tepat jam 12.59!!! Rasa macam nak nangis weh. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Balik, saya lebih rileks. 

Senang nak ke mana pun 




Dengarnya, awal Jun nanti MRT Putrajaya Line akan mula beroperasi 

Moga entri ini dapat membantu orang yang macam saya ni. Dah lama sangat bertapa dalam rumah🀭

Sharhanah