Giveaway bernilai RM500 untuk follower (and subscriber)!!! Penginapan percuma kat airbnb condo KL KLCC view !!!
Cara kemaskini had pengeluaran untuk Tabung Haji di Maybank2u
Sudah lama sebenarnya saya tidak berurusan dengan Tabung Haji menerusi Maybank2u. Sebab saya masukkan duit dengan menggunakan portal THijari sahaja. Sebab ia percuma. Tapi, bila nak buat pengeluaran, memang tak boleh guna portal tu. Terpaksalah menggunakan Maybank2u yang ada caj RM1. Tapi, okay lah daripada nak ke kaunter. Buang masa dan tenaga nak ke sana.
Kebetulan memang saya dah buat pautan akaun Tabung Haji siap-siap dengan akaun Maybank2u saya masa keje dulu. Termasuklah akaun anak-anak. Mudah nak semak baki, mudah nak pindah wang dari akaun saya ke akaun anak-anak. Memang lancar.
Disebabkan had pengeluaran saya terhad, terpaksalah kemaskini di Maybank2u. Langkah demi langkah boleh diikuti seperti gambar di bawah.
Haaa… dah setkan had pengeluaran, baru boleh buat pengeluaran. Makna kata, kita kena pindahkan duit Tabung Haji ke akaun Maybank kita. Maka, kenalah bayar RM1. Bagi saya sangatlah berpatutan.
Semoga mendapat sedikit maklumat kepada yang mencari. Sekian.
Sharhanah
Urusan Dimudahkan
Hari Krismas kami pulang semula ke rumah selepas 4 hari berada di kampung. Seronok cuaca di sana, panas lit-lit. Nyesal tak bawak balik pakaian kotor... Hehehe, macam la balik naik lori besar punya! Kami berenam pun dah penuh keretaπ
Dalam kepala, dah memikir kerja yang perlu dihadap. Sambung mencuci, mengemas, mengemop, menyental segala benda yang berlumpur dalam rumah tu. Pinggan mangkuk periuk belanga bukan bersih kalau hanya basuh sekali sahaja. Perlu berkali-kali.
Rumah-rumah jiran banyak yang dah kemas. Lumpur depan lorong kitaorang dah bersih. Tinggal belakang rumah jer. Nak harap kudrat kami anak beranak memang tak larat. Maka, kami urus dalam rumah jer la. Itu pun payah betul nak bersih. 2 perabot serbuk kayu yang konon-konon nampak macam tahan, rupanya rebah juga ke lantai rumah. Kena angkat buang jugalah.
Alhamdulillah, anak-anak buah yang duduk sekitar lembah klang datang membantu. Lega rasanya. Kami dapat alihkan semua barang ke luar rumah. Barulah dapat cuci rumah dengan bersih.
Semua teruja bila nak alihkan katil Prime Series. Tilam elok jer sebab tak kotor sebab tak kena air banjir. Cuma frame katil jer la. Kena basuh sikit untuk hilangkan bau banjir.
Esoknya , sahabat lama pula datang ke rumah nak membantu. Suami dia bawakan blower. Kerja mencuci frame katil bertambah mudah.
Alhamdulillah, penat-penat mengemas dapat baring atas tilam pun dah rasa nikmat sangat. Opsss sebelum terlupa, sehari selepas balik kampung, kami sempat ke balai polis untuk buat aduan. Mudah nanti untuk buat pelbagai urusan termasuk aduan untuk kerosakan barang seperti Unifi dan Coway.
Semua tu aku emel jer. Mudah. Feedback pun pantas.
Sharhanah